Ahad, 20 November 2011

Perbandingan Hutan Paya Air Masin Dengan Hutan Paya Air Tawar

Faktor yang menggalakkan:-
  • Hutan Paya Air  Masin
- Kawasan pinggir laut yang berlumpur dan terlindung tetapi ditenggelami air laut semasa air pasang.
  • Hutan Paya Air Tawar
- Kawasan bertakung air tawar dan bersaliran kurang baik.
- Bertanih gambut.

Contoh Kawasan:-
  • Hutan Paya Air Masin
- Sekitar muara Sg. Perak dan Sg. Bernam
- Sekitar Kukup, Pontian dan Tanjung Piai, Johor
- Delta Labuk- Sugut,pantai timur Sabah
- Sekitar muara Sg. Rajang dan Sg. Baram

  • Hutan Paya Air Tawar
- Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera
- Kawasan rendah antara permatang pasir di pantai timur Semenanjung Malaysia

Ciri Utama Tumbuh-tumbuhan:-
  • Hutan Paya Air Masin
- Hutan paya bakau mengandungi pokok-pokok yang hampir sama ketinggiannya
- Ketinggian pokok kira-kira 15m
- Spesis pokok bakau ialah Rhizophora, Avicennia dan Sonneratia
* Contoh pokok bakau: api-api, langgadai, berus, tumu, tengar.
- Pokok bakau adalah malar hijau
- Daun pokok adalah lebar dan liat
- Cara pokok mengatasi masalah garam berlebihan:
  1. mengeluarkan garam berlebihan ke permukaan daun
  2. menyimpan garam berlebihan dalam daun tua yang akan gugur
- Terdapat pokok berakar jangkang dan berakar ceracak
- Kurang tumbuhan bawah

  • Hutan Paya Air Tawar
- Pokok-pokok tumbuh tinggi
- Terdapat pokok gelam, nioah, kempas, palma, mengkuang dan keladi air
- Boleh dikesan pada tiga lapisan tumbuhan

Hiduapan Luar:-
  • Hutan Paya Air Masin
- Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, ikan, siput, lokan, udang, kerang
- Terdapat juga hidupan liar seperti kera,burung,ular dan lebah

  • Hutan Paya Air Tawar
- Tempat pembiakan ikan, udang galah, ular, biawak dan katak

                      

5 ulasan: