Ahad, 20 November 2011

Hutan Hujan Tropika

Hutan utama dan paling luas di Malaysia, iaitu kira-kira 19 juta hektar.
Terdapat 31% hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia, 46% di Sarawak dan 23% di Sabah.
Hutan hujan tropika merupakan jenis hutan yang paling kaya dari segi spesis tumbuhan dan hidupan liar.
Sebanyak 400 spesis pokok pernah di jumpai di kawasan seluas satu hektar di hutan hujan tropika.
Pokok-pokok di hutan hujan tropika yang malar hijau, tumbuh rapat dan padat.
Terdapat banyak pokok kayu keras seperti meranti, chengal dan seraya di hutan hujan tropika.
Pokok-pokok di hutan tropika berdaun lebar,berbulu, liat dan berlilin.
Di hutan hujan tropika juga terdapat pokok yang sangat tinggi disokong oleh akar banir.
Hutan hujan tropika menjadi habitat banyak huidupan liar.

 Lapisan Emergen (melebihi 40m)
  • Lapisan pokok yang sangat tinggi.
  • Pokok menonjol ke atas untuk mendapat cahaya matahari
  • Pokok tinggi disokong oleh akar banir
contoh hidupan:-
  1.  kelawar
  2. burung enggang
  3. burung layang-layang
  4. burung kakak tua
  5. lebah
Lapisan Kanopi (20m-40m)
  • Terdiri daripada pokok sederhana tinggi
  • Pokok-pokok tumbuh rapat dan daun pokok membentuk lapisan hijau yang tebal, dikenali kanopi 
  • Kanopi menghalang cahaya matahari daripada sampai ke lapisan bawah
  • Terdapat pokok menjalar (laina) seperti rotan dan pokok tumpang
contohnya hidupan:-
  1. burung
  2. kera
  3. kongkang
  4. ular
  5. tupai terbang
Lapisan Tengah (10m-20m)
  • Pada dahan pokok,terdapat pokok tumpang(epifit) seperti paku tanduk rusa
  • Terdapat juga pokok parasit, misalnya orkid 
  • Pada pokok juga terdapat pokok liana seperti rotan
contoh hidupan:- 
  1. tupai
  2. katak pokok
  3. musang
  4. orang utan
  5. lotong
  6. ular
Lantai hutan (0-10m)
  • Lantai hutan kurang mendapat cahaya matahari, jadi tumbuhan jarang di lapisan ini.
  • Terdapat paku pakis, cendawan pokok renek, pokok herba dan semak samun, kulat dan bunga raflesia.
contoh hidupan:-
  1. harimau
  2. rusa 
  3. tenggiling
  4. beruang
  5. tapir
  6. badak sumbu
  7. cipan
  8. memerang
  9. landak
  10. seladang
  11. gajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan