Sabtu, 19 November 2011

Pengaruh Iklim....

 PERTANIAN:-
  • Sesuai untuk banyak jenis tanaman,contohnya- padi, getah, kelapa sawit, koko dan lada hitam. buah-buahan - nanas, tembikai dan pisang.
  • Padi ditanam di kawasan beraluvium seperti Dataran Kedah dan Dataran Kelantan. Musim menanam adalah pada musim hujan, manakala padi di tuai pada musim kurang hujan.
  • Pada hari hujan, penoreh getah tidak dapat menoreh getah.
  • Penanaman tebu sesuai dijalankan di Chuping, Perlis kerana lebih kering.
  • Tanah Tinggi Cameron juga mengalami iklim Khatulistiawa tetapi oleh kerana pengaruh ketinggian, suhu dalam lingkungan 19 darjah celcius dan sesuai untuk penanaman teh,bunga-bungaan dan sayur-sayuran hawa sederhana (kobis,kobis bunga dan tomato). Stawberi turut di tanam.



PERIKANAN:-
  • Cahaya matahari menembusi Pentas Sunda sepanjang tahun, menggalakkan pertumbuhan plankton dan terumbu karang.
  • Laut di sekitar Malaysia kaya dengan ikan, dan perikanan merupakan pekerjaan yang paling penting bagi penduduk di pinggir pantai, contohnya di Kelantan, Terengganu, dan Sabah.
  • Laut bergelora semasa tiupan Angin Monsun Timur Laut (Nov-Mac), jadi nelayan pantai timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) dan Sabah tidak dapat turun ke laut.
  • Kelong tidak dapat digunakan di pantai timur Semenanjung Malaysia kerana laut terdedah kepada tiupan Angin Monsun Timur Laut.
  • Cahaya yang banyak menggalakkan industri mengeringkan ikan.


 
PELANCONGAN:-
  •  Cahaya matahari sepanjang tahun menarik ramai pelancong ke Malaysia semasa keadaan sejuk pada musim dingin di negara asal, contohnya di Jepun,Korea dan United Kingdom.
  • Ramai pelancong ke Malaysia untuk menikmati "musim panas" di kawasan pantai, contonya di Desaru (Johor), Batu Feringghi (Pulau Pinang) dan Pulau Langkawi (Kedah).
  • Iklim Khatulistiwa telah menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika yang didiami pelbagai flora dan fauna. Ramai pelancong tertarik dengan kekayaan hutan hujan tropika.
  • Air suam di pinggir pulau juga menggalakkan pertumbuhan batu karang dan pelbagai jenis hidupan laut, contohnya di Pulau Layang-layang, Pulau Sipadan dan Pulau Redang.




PEMBALAKAN:-
  • Iklim Khatulistiwa menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayan yang bernilai, contohnya jelutong, chengal, meranti dan balau.
  • Hutan paya bakau yang tumbuh subur membekalkan kayu bakau untuk industri kayu api dan pembinaan.
  • Semasa musim tengkujuh, kegiatan pembalakan tergendala kerana permukaan bumi adalah licin dan berbahaya.

PERLOMBONGAN:-
  • Semasa musim tengkujuh, perlombongan bijih timah melalui kaedah syaf perlu dihentikan kerana bahaya.
  • Penggerudian petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tergendala.

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan